PANDUAN PEMAKANAN ANAK SIHAT & PINTAR
Menjadi ibu bapa merupakan tugas 24 jam sehari. Agak berat tugas sebagai ibu bapa bukan? Namun, itulah cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi bagi yang telah bergelar ibu dan bapa. Dan bagi yang menunggu harinya, percayalah…hidup anda mungkin seperti sedang meniki roller coaster. Terlalu teruja dan seronok barangkali, tapi dalam masa yang sama terpaksa menghadapi ketakutan… semuanya bercampur baur. Dan bagi yang masih bujang…belajarlah memahaminya agar senang kemudian harinya…
SUSU IBU
Kebaikan kepada bayi :
i) Mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi semasa membesar
ii) Mengandungi antibody yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru tau….
iii) Boleh mencegah penyakit lelah dan sakit perut
iv) Mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak bayi
v) Mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin terdapat dalam kaedah penyusuan lain… (susu lembu ke…susu tin ke…bukan ke terdedah kepada pencemaran??? )
vi) Boleh diperoleh dengan mudah dan bila-bila mase jer… tak payah nak pakai botol la, nak cuci botol la, nak masak air, bancur air apatah lagi nak goncang botol tue…hahaha
vii) Ia dapat memberikan bayi keselesaan dan ketegangan emosi yang diperlukan
viii) Dan ia boleh menjalinkan kasih yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding penyusuan lain… (uikkk….x-kan lah baby tu nanti jalin kasih dengan lembu yea tak? Sbb asyik minum susu lembu jer….hahaha…)
Kebaikan kepada ibu susu :
i) Ia melewatkan haid tetapi dalam masa yang sama boleh merancang kehamilan
ii) Boleh melansingkan badan
iii) Membantu mengembalikan rahim ke saiz asal dengan lebih cepat
iv) Mengurangkan risiko barah payudara dan ovary…. Huh, tu yang takot tu… jadi apa tunggu lagi….?
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.png)
No comments:
Post a Comment